Pembiayaan Pendidikan

BIASISWA YAYASAN KHAZANAH

Oxford is calling. Will you answer? 📣

If you’ve ever dreamed of studying at one of the world’s most iconic universities, this is your sign to find out how.

The Rhodes Scholarship is one of the world’s most prestigious postgraduate opportunities - and now, Malaysian students can get their questions answered directly.

Join the Student Q&A Information Session on 3 August 2026 at 20:00 MST and find out how you could be part of a global community of outstanding young leaders studying at the University of Oxford.

Scan the QR code on the poster to register. Don’t miss this!

TAWARAN BIASISWA ANTARABANGSA UNTUK ANAK-ANAK SELANGOR

Sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor telah melantik Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) sebagai agensi pelaksana Program Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam Bidang Nuklear untuk pengambilan tahun 2027.

Oleh itu, peluang tawaran ini khas untuk anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian di universiti bertaraf dunia dalam bidang strategik yang berimpak tinggi kepada pembangunan negara, khususnya dalam sektor kejuruteraan nuklear, teknologi tenaga dan pengurusan.

Berikut merupakan ketetapan maklumat:

Program: Ijazah Sarjana/Kedoktoran dalam Bidang Nuklear

Lokasi Pengajian: China

Antara kelebihan biasiswa ini:

♦️ Peluang belajar di universiti terbaik dunia
♦️ Sokongan kewangan untuk pengajian luar negara
♦️ Keutamaan khas kepada rakyat Selangor yang layak
♦️ Membina kepakaran dalam bidang teknologi masa hadapan

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://forms.gle/ngWLauRJg9vQGScYA

Jangan lepaskan peluang ini! Rebut peluang untuk mengharumkan nama Selangor dan Malaysia di peringkat antarabangsa.

DERMASISWA B40 TVET: MEMPERLUAS AKSES, MEMPERKASA MASA DEPAN

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited memperluas akses pendidikan tinggi melalui inisiatif Dermasiswa B40 TVET yang menawarkan penajaan kepada pelajar daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian dalam bidang TVET di Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti.

Penajaan merangkumi yuran pengajian serta elaun wang saku bagi meringankan beban kewangan pelajar, sekali gus memastikan mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian.

Sebanyak 1,000 kuota penajaan disediakan setiap tahun sebagai usaha berterusan Kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri serta memperkukuh pembangunan ekonomi negara.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-8000 8000 atau e-mel kepada dermasiswa2026@jpa.gov.my