LALUAN DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA UNTUK KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM

Semasa mula-mula Kolej Vokasional membuat pengambilan dulu, tidak ramai yang berminat untuk memohon melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional selepas tingkatan 3 (pada masa itu masih ada PT3 dilaksanakan yang menjadi syarat kemasukan). Lalu boleh dilihat sekitar bulan-bulan Januari – Februari pelajar yang berminat boleh terus walk-in ke mana-mana Kolej Vokasional untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional walaupun tidak memohon apabila permohonan dibuka.

Lama kelamaan panggilan dan tawaran untuk walk-in semakin berkurang. Yang ada pun adalah kena buat rayuan dengan panduan-panduan untuk membuat rayuan (contohnya buat rayuan ke program yang tidak dipohon sebelumnya) – bermakna hanya untuk yang telah kemukakan permohonan sahaja.

Semakin jarang didengar boleh terus walk-in terus ke Kolej Vokasional

Percayalah tidak lama lagi tak akan ada lagi walk-in, proses rayuan pun mungkin dah jadi setara dengan proses rayuan ke IPTA/ILKA melalui UPU.

Asalnya lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dianjurkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam rangkaian 4 buah universiti teknikal (UTHM, UTEM, UMP dan UNIMAP) sahaja.

Pada Januari 2019 saya pernah kongsikan di https://www.facebook.com/perundinghalatujupendidikan/posts/pfbid0vKYdybxVpZFfH8LVrP54ywHLQwq1u1vUTacNhTvvm9n9m8NtJFZSjt7UWKRz7cD5l di mana terdapat 43 program Ijazah Sarjana Muda di UA (UPSI, UTHM, UMP, UMK, UPM dan UPNM) yang menerima kelayakan DVM untuk ke program Ijazah Sarjana Muda di universiti berkenaan

Pada bulan Disember 2019 terdapat 157 program Ijazah Sarjana Muda di UA yang menerima kelayakan DVM sebagai syarat kemasukan (https://www.facebook.com/perundinghalatujupendidikan/posts/pfbid0D13FiG45gK3vW8PztEzuYCyNnKgmM2mPkXtTwoMTPLoV9yn9ov6JTxhCpADvNEhfl)

Pada Oktober 2022, bilangan program ijazah sarjana Muda UA telah meningkat kepada 169 program yang saya kongsikan di  https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/8478599808847613 merangkumi 11 buah universiti awam pertambahan 7 buah UA (UPSI, UNISZA, UMK, UPM, UTM, UUM dan UNIMAS)

Pada Januari 2024 sekali saya kongsikan di https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/24852080431072958 di mana terdapat 185 program Ijazah sarjana Muda di UA yang menerima kelayakan DVM sebagai syarat kemasukan

Pada awal Disember 2025 lalu hasil carian untuk laluan yang sama DVM ke Ijazah Sarjana Muda di UA menemukan 330 program Ijazah Sarjana Muda di UA yang menerima kelayakan DVM. Belum pun sempat saya menyalin utnuk di format elok-elok, jumlah tersebut telah meningkat ke 340 program pada awal akhir Disember 2025 dan kini di awal Januari 2026, jumlahnya menjadi 347 program yang mungkin akan meningkat lagi.

Apa yang lebih menarik juga adalah terdapat 4 buah Universiti Awam dalam kategori Universiti Penyelidikan (Research University @RU) yang turut menawarkan 15 program Ijazah Sarjana Muda yang menerima kelayakan DVM sebagai syarat kemasukan yang saya kongsikan di https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/33319173821030201/

Melihat jumlah program Ijazah Sarjana Muda di UA yang menerima kelayakan DVM yang semakin meningkat setiap tahun, bolehlah dijadikan bukti bahawa penerimaan UA kepada DVM juga semakin meningkat. Bilangan lepasan DVM yang berjaya ke Ijazah Sarjana Muda juga meningkat dari tahun ke tahun

Dari beberapa posting kajian ringkas tentang pelajar yang berjaya ke Kolej Vokasional di dalam Group Facebook Halatuju Pendidikan Selepas SPM di

  1. https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/33478749941739254
  2. https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/33674645822149664

…dapat dilihat gambaran yang sangt positif dari kalangan ibu bapa yang telah menghantar anak melanjutkan pengajian di Kolej Vokasional.

Antara faktor positif tentang pengajian di Kolej Vokasional

  1. Kos @yuran pengajian yang lebih rendah berbanding laluan SPM – Diploma di IPTA/ ILKA/ IPTS
  2. Tidak begitu menekan (stress) berbanding laluan SPM dan diploma/ Asasi/ Matrikulasi
  3. Sangat sesuai kepada pelajar yang lebih cenderung kepada pembelajaran yang lebih menekankan kepada amali atau praktikal
  4. Lokasi Kolej Vokasional yang tidak jauh – ada terdapat beberapa buah Kolej Vokasional di setiap negeri.
  5. Tempoh pengajian yang moderate untuk ke Ijazah Sarjana muda jika dibandingkan
    SPM (2 tahun) + asasi/Matrikulasi (1 tahun) = 3 tahun
    SPM (2 tahun) + diploma (2 ½ – 3 tahun) = 4 ½ – 5 tahun
    SVM @Sijil Vokasional Malayusia (2 tahun) + DVM (2 tahun) = 4 tahun  

Kajian terperinci

Untuk memahami dan mendalami peluang ini saya buat kajian secara khusus dari segi syarat kemasukan ke setiap program (yang termampu dibuat setakat ini hanya 47 program sahaja, masih ada 300 program lagi)

Terdapat 3 kumpulan atau kategori syarat kemasukan

  1. Kemasukan terus yang hanya ada syarat PNGK dan syarat lain di peringkat DVM yang perlu dipenuhi
  2. Kemasukan terus bersyarat contohnya pelajar perlu mengikuti pengajian tambahan seperti yang disebut sebagai bridging yang akan diaturkan terus oleh Universiti Awam yang menawarkan program
  3. Keperluan pelajar memperolehi kelayakan LULUS di dalam satu (1) mata pelajaran di peringkat SPM seperti mata pelajaran Matematik atau Bahasa Inggeris. Ini masih boleh dicapai oleh pelajar di mana pelajar berpeluang mengambilnya dalam tempoh sepanjang 4 tahun pengajian SVM – SVM (4 peluang dalam masa 4 tahun untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris (peperiksaan Disember) dan 8 peluang untuk Matematik (peperiksaan Julai dan Disember)
  4. Keperluan pelajar untuk memperolehi kelayakan LULUS/ Kepujian di dalam DUA (2) atau lebih mata pelajaran di peringkat SPM yang agak sukar untuk dilakukan kerana melibatkan mata-mata pelajaran seperti Bahasa Arab, Peng Syariah Islamiah, Pend Al-Quran & As- Sunnah) walaupun ianya tidak mustahil dilakukan bagi yang betul-betul berminat

Namun untuk pilihan 1, 2 dan 3 di atas – ianya boleh dilakukan

Kajian ini juga (untuk 47 program) turut memaparkan purata merit setiap program dan mencatatkan berapakan nilai PNGK yang mesti dicapai untuk menyamai dan melepasi purata merit tersebut; Kerana jika berdasarkan syarat PNGK semata-mata apabila ianya dikira sebagai markah merit akan menjadi jauh lebih rendah berbanding purata merit. Ini adalah supaya pelajar tahu bahawa untuk layak dan berpeluang cerah ke ijazah sarjana muda perlulah mencapai PNGK semasa tamat pengajian DVM, mestilah mencapai PNGK yang apabila dikira sebagai merit lebih tinggi daripada purata merit program.

Rata-rata ibu bapa yang anaknya belajar di Kolej Vokasional yang mengongsikan PNGK anak mereka – ramai yang mencapai PNGK yang tinggi ada yang sehingga 3.80 (ini dah kira diploma kelas pertama).

Namun bagi yang ingin memilih jalan ini tidak boleh sekadar membuat keputusan memilih sahaja. Ianya mesti disertai dengan usaha

  1. Nak masuk Kolej Vokasional juga perlu lalui PKSK (Pentaksiran Khas Sekolah Khusus) seperti yang memohon ke SBP dan MRSM pada tahun 2025 lalu
  2. Mesti buang apa juga persepsi negatif tentang Kolej Vokasional
  3. Tahu dengan jelas, selepas tingkatan 3 akan ambil kursus apa di Kolej Vokasional dan selepas memperolehi diploma akan memohon ke program apa di Universiti awam
  4. Tahu dengan jelas apakah pencapaian di peringkat diploma di kolej vokasional untuk bukan sekadar layak memohon ke Universiti Awam, tetapi mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat tempat di Universiti Awam (syarat dan merit yang mesti dipenuhi)

Saya mohon maaf kerana setakat sekarang hanya mampu siapkan syarat dan maklumat merit untuk hanya 47 daripada 347 program (atau mungkin lebih). Masih ada 300 program yang masih dalam proses menyiapkannya. Saya kerja bersendirian tiada pembantu. Kalau nak cepat boleh cari sendiri di https://online.mohe.gov.my/epanduan/carianNamaProgram  

MAKLUMAT KERJAYA

Untuk kerjaya beruniform ini, carilah apakah kelayakan akademik yang diperlukan untuk kerjaya beruniform ini.

Selepas itu baru cari program pengajian di IPT mana yang ada menawarkannya bersama dengan maklumat syarat kelayakan akademik yang diperlukan untuk layak dan merit (bagi program pengajian di IPTA/ILKA) untuk mencerahkan peluang untuk berjaya

  1. Pasukan Bomba dan Penyelamat
    https://www.facebook.com/…/halatuju/posts/8301817693192493
  2. Polis Di Raja Malaysia
    https://www.facebook.com/…/hala…/posts/27205512552396389
  3. Angkatan Tentera Malaysia
    https://www.mafhq.mil.my/…/ringkasan-kerjaya-pegawai

“JANGAN SAMPAI YANG DIKENDONG KECICIRAN DAN YANG DI KEJAR TAK DAPAT

Ada pelajar tingkatan 4 (2025) yang sedang merancang, bercadang apabila buka sekolah 2026 (naik tingkatan 5) dia nak gugurkan mata pelajaran tertentu dan nak daftar ambil mata pelajaran lain sebagai ganti.

Jangan buat keputusan terburu-buru bincang dahulu dengan guru mata pelajaran atau guru bimbingan & kaunseling – boleh atau tidak boleh. Juga tolonglah jangan sampai ada guna cable (minta ayah yang mungkin seorang berpengaruh atau VIP untuk hubungi pengetua atau penolong kanan agar luluskan permohonan anak). Saya rasa pihak sekolah pun kalau tertekan atau ditekan-tekan begitu …mungkin mereka akan layan, luluskan sahaja walaupun sepatutnya tak boleh ……apa lagi jika terus ditekan-tekan.

Apa yang penting untuk masa depan pelajar sendiri.

Contohnya ada pelajar yang bercadang untuk menggugurkan pendaftaran mata pelajaran Matematik Tambahan (kerana susah sangat) dan nak daftar ambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (yang dirasakannya lebih mudah)

Pelajar kena tahu mata pelajaran PSV ni ada banyak kerja kursus yang pelajar yang mengambilnya dari tingkatan 4 telah buat yang akan menyumbang kepada pemarkahan akhir mata pelajaran tesebut. Jika di tingkatan 5 baru nak daftar ambil, pelajar kena buat semua kerjakursus yang dia sepatutnya buat semasa tingkatan 4 dahulu – saya khuatir tak terkejar dengan keadaan di tingkatan 5 menjelangnya SPM. Rakan pelajar lain bertungkus lumus belajar untuk SPM, awak kena luangkan masa untuk buat kerjakursus tingkatan 4. Kalau tak buat maka banyak markah yang hilang jika tiada markah kerja kursus – jadilah apa yang dikejar mungkin tak dapat. PSV mudah nak score tetapi sebab tak ada kerja kursus tak dapat nak score.

Baiklah kekal teruskan ambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Sekarang ni masa cuti, carilah guru atau pusat tuisyen untuk belajar matematik tambahan secara intensif.

Matematik Tambahan ni perlu jika nak mohon ke matrikulasi sains, sains komputer, kejuruteraan atau matrikulasi perakaunan professional yang syaratnya hanya gred C sahaja. Perlu dapat A- jika nak masuk IPG (pengkhususan Matematik) atau nak pergi overseas melalui YTP-MARA (juga syarat gred A-). Berusahalah target untuk dapat C+ atau B (insyaallah dapat C pun ok) – seperti perpatah pemain rugbi – aim high, tackle low.

Bila kita nak sambung belajar atau memohon kerja; Kalau dapat KEPUJIAN (GRED C ke atas) atau hanya LULUS (GRED D atau E) mata pelajaran Matematik Tambahan, ianya akan dipaparkan dalam sijil SPM (yang pelajar akan dapat setahun selepas keputusan SPM); Dan jika GAGAL maka ianya tidak dipaparkan dalam Sijil SPM.

Berusahalah walaupun untuk sekurang-kurangnya LULUS atau dapat C pun tak apa sebab jika ianya ada dalam sijil, itu pun sebenarnya cukup besar yang membezakan pelajar daripada pelajar yang tak ambil Matematik Tambahan – pelajar boleh berbangga seperti ‘aku ambil matematik tambahan dan lulus – lebih baik daripada yang langsung tak ambil atau gagal dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di dalam SPM. Tapi kalau tak ambil memang tak ada peluang langsunglah.

Dan kalau tak ambil atau gugurkan, maka jadilah apa yang pelajar telah dikendong (Matematik Tambahan) dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5 kita dengan sengaja menggugurkannya.

Lebih merugikan lagi jika PSV yang kita nak kejar (sebab rasa mudah untuk dapat gred yang baik tak dapat juga gred yang baik sebab tak ada atau tak cukup markah kerja kursus yang kita sepatut dah buat dari tingkatan 4 lagi….

Perkara ini tidak hanya yang melibatkan mata pelajaran Matematik Tambahan sahaja tetapi apa juga mata pelajaran lain. Dah tak ada masa nak belajar benda (mata pelajaran baru) bila naik tingkatan 5, teruskan sahaja apa yang telah dibawa dari awal tingkatan 4 dahulu…

PAKEJ MATA PELAJARAN SPM (KSSM) dan MATA PELAJARAN MERIT KE IPTA/ILKA (BAGI PERMOHONAN MELALUI UPU)

Ramai ibu bapa yang menghantar mesej untuk bertanya tentang mata-mata pelajaran yang anak mereka akan ambil apabila naik tingkatan 4 nanti.

Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan kefahaman saya bersumberkan maklumat yang di perolehi di https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/pekeliling_dan_garis_panduan/ikhtisas/2019/SPI%20Bil%206%20Tahun%202019%20Pelaksanaan%20KSSM%20Menengah%20Atas%20dan%20Pakej%20Mata%20Pelajaran%20Tahun%202020.pdf?fbclid=IwY2xjawPSwABleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFoRVFya2F5RURuVUxiYzlDc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHlGfbbsOP4SLzN7KRC3NcegBPrsj2igiuG1KORZOFhsg5_fr-K8eSThrOeGB_aem_H3_Y3Kr4t60h7vTLjQrN-g

pastikan anda download sumber pekeliling di atas dahulu sebelum melihat slide yang saya kongsikan

Maklumat tersebut telah rumuskan dalam bentuk yang mudah difahami dan diterapkan bersama dengan penentuan aliran bagi pengiraan merit untuk permohonan ke IPTA/ILKA melalui UPU.

Sebaiknya pelajar mendaftar untuk mengambil mata pelajaran SPM berdasarkan susunan dan kumpulan mata pelajaran yang telah KPM sediakan bagi mengelakkan kesulitan kemudian.

Contohnya ada pelajar yang mengambil mata pelajaran elektif dari 2 aliran@pakej yang berbeza : Perniagaan dan Sains Rumah Tangga (SRT)

Mata Pelajaran Perniagaan adalah mata pelajaran elektif Kemanusiaan & Sastera Iktisas (KSI) yang sepatutnya diambil dengan satu lagi mata pelajaran dari elektif KSI juga untuk menyempurnakan status pelajar sebagai pelajar aliran@pakej KSI

Mata Pelajaran SRT adalah mata pelajaran elektif STEM C yang sepatutnya diambil bersama dengan satu(1) lagi mata pelajaran elektif STEM C juga untuk menyempurnakan status pelajar sebagai pelajar aliran@pakej STEM C

Di dalam keadaan ini pelajar nak kata STEM C atau KSI pun tak boleh sebab pelajar hanya ambil satu(1) mata pelajaran dari setiap pakej. Kalau ada dua(2) mata pelajaran akan jelaslah pakejnya yang mana satu.

Lebih menyulitkan kalau dikira merit berdasarkan aliran KSI, hanya mata pelajaran Pernaigaan yang boleh dimasukkan manakala mata pelajarajn SRT tak ada dalam senarai.

Kalau dikira merit berdasarkan aliran@pakej STEM C, hanya 1 memerlukan mata pelajaran elektif STEM C – SRT sahaja untuk pengiraan merit.

Perkara ini ini bukanlah satu kesalahan, cuma akan merugikan pelajar jika pelajar ingin memohon melanjutkan pengajian ke IPTA/ILKA dengan memohon melalui UPU

pastikan anda download sumber pekeliling di atas dahulu sebelum melihat slide yang saya kongsikan.

SYARAT DAN MERITOKRASI

Walaupun kita sentiasa merujuk kepada syarat kelayakan untuk memohon ke satu-satu program pengajian melalui UPU, Memperolehi keputusan SPM sekadar memenuhi syarat sahaja baru melayakkan diri untuk memohon ke program tersebut tetapi tidak memadai untuk mencerahkan peluang mendapat tempat yang dipohon.

Oleh kerana tempat yang terhad, maka pemohon yang lebih baik pencapaiannya akan berpeluang lebih baik untuk mendapat tempat berbanding pemohon yang sekadar memenuhi syarat – inilah yang dimaksudkan dengan merit – pemohon yang lebih baik pencapaiannya akan berpeluang lebih baik untuk mendapat tempat.

Contoh yang diberi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di UPSI ini adalah contoh di mana ia mencatat permohonan yang paling ramai, tetapi oleh kerana tempat yang terhad maka pemohon yang memperolehi keputusan yang baik apabila dikira meritnya yang juga lebih baik peluang untuk berjaya.

Analisa pencapaian merit berdasarkan

  • pencapaian memenuhi syarat kelayakan minima = 48% ; berbanding
  • pencapaian melepasi syarat kelayakan minima dengan 3 – 4 gred lebih tinggi = 78.62% – lebih tinggi daripada purata merit 77.77%

Jadi setiap pelajar calon SPM…..

  1. Kena tahu program apa yang ingin dipohon selepas SPM kelak
  2. Kena tahu program tersebut ada ditawarkan di IPTA mana (mungkin ada beberapa buah IPTA yang ada menawarkan program yang sama – kenalpasti semua)
  3. Dari situ bolehlah didapatkan apakah syarat kelayakan akademik yang perlu dipenuhi untuk memohon ke program tersebut
  4. Catatkan juga berapakah purata merit setiap program tersebut, kerana purata merit inilah yang akan menjadi penentu utama untuk mencerahkan peluang untuk berjaya di dalam permohonan
  5. Letakkan sasaran pencapaian sehingga 3 – 4 GRED lebih tinggi daripada GRED syarat kelayakan minima program; Untuk mencerahkan peluang untuk mendapat tempat yang dipohon

PROGRAM MATRIKULASI 2026

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM dibuka mulai 10 November 2025 hingga 10 Februari 2026.

Calon SPM 2025 boleh membuat permohonan di pautan: https://matrikulasi.moe.gov.my.

Permohonan adalah PERCUMA serta pelajar tidak perlu muat naik keputusan percubaan SPM.

Brosur Program Matrikulasi

KENAPA RAMAI LEPASAN SPM ALIRAN SAINS (STEM A & STEM B) GAGAL DALAM PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI PERAKAUNAN

Setiap tahun akan ada saja (dan ramai lepasan SPM dari aliran sains yang gagal dalam permohonan ke program matrikulasi perakaunan)

Ianya berpunca daripada anggapan salah kebanyakkan pelajar aliran sains yang ingin memohon ke program bukan sains (matrikulasi perakaunan) seperti berikut

  1. Ada kemungkinan ini (aliran sains) yang memang sudah tak mampu lagi untuk bawa (teruskan) pengajian dalam bidang sains
  2. Lalu ada di kalangan mereka yang pandai-pandai sendiri membuat keputusan untuk mengabaikan terus mata-mata pelajaran sains tulen (bio/ fiz/ kim/ add math)
  3. Dengan alasan mereka tak akan sambung belajar dalam bidang sains pun lagi selepas SPM
  4. Dan mereka lihat syarat kelayakan ke program matrikulasi perakaunan juga hanya meletakkan syarat GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik & Bahasa Inggeris; LULUS mata pelajaran Sejarah dan GRED C di dalam satu (1) mata pelajaran lain (termasuk mata-mata pelajaran sains tulen); di mana ramai yang merasakan akan dengan mudah untuk melepasi syarat ini (GRED C), selain daripada ada yang rasa (perasan) bahawa mereka dari aliran sains lebih baik daripada pemohon dari aliran sastera/kemanusiaan.

Ini sebenarnya satu anggapan yang salah kerana…..

  • Penentuan untuk mendapatkan tempat ke apa-apa program pengajian pun adalah berdasarkan merit untuk MENGIKUT ALIRAN SEMASA menduduki SPM
  • BUKAN aliran bidang pengajian yang mereka mohon

Untuk pengiraan merit ke program matrikulasi perakaunan, EMPAT (4) mata pelajaran yang diambil kira adalah

  1. Matematik (minima GRED C); DAN
  2. TIGA (3) GRED C di dalam mana-mana mata pelajaran berikut:
    (Matematik Tambahan/Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Pengajian Keusahawanan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Lukisan/ Reka Bentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Reka Bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran)

Bagi pelajar aliran sains yang mengambil elektif Bio/ Fiz/ Kim/ Add Math; atau mata-mata pelajaran elektif STEM B lain merasakan tidak susah untuk mendapat minima GRED C di dalam mata pelajaran tersebut.

Namun jika dibandingkan dengan pelajar aliran sastera/ kemanusiaan mereka mungkin akan lebih mudah untuk mendapat GRED A atau GRED B di dalam mata-mata pelajaran elektif mereka berbanding pelajar aliran sains

Jadi apabila dikira merit, hampir pasti ramai pelajar aliran sains akan kalah dengan mudah kepada pelajar aliran sastera/kemanusiaan – dan gagal dalam permohonan ke program matrikulasi perakaunan

Ayat yang biasa di dengar dari pelajar aliran sains yang gagal ini adalah seperti….

“Keputusan SPM saya aliran sains yang tidak seberapa memohon ke program matrikulasi perakaunan pun gagal juga”

Saya rasa dengan keputusan yang sederhana itu, jika dia memohon ke program matrikulasi sains – mungkin masih ada peluang untuk ditawrkan ke program matrikulasi sains (program 2 tahun)

Pelajar aliran sains (STEM A & STEM B) sebenarnya tak ada pilihan lain, kena juga berusaha sedaya upaya untuk mencapai GRED seberapa cemerlang yang boleh untuk mencerahkan peluang walaupun untuk ke program matrikulasi perakaunan.

Situasi yang sama sebenarnya juga berlaku apabila pelajar memohon ke IPTA/ILKA melalui UPU di mana pengiraan merit adalah berdasarkan mata-mata pelajaran elektif aliran walaupun memohon ke program bukan sains.

Dalam contoh di bawah, kesilapan besar kita selalunya adalah disebabkan

  • kita selalunya mengukur pencapaian SPM berdasarkan berapa banyak GRED A yang diperolehi
  • di dalam konteks di bawah kedua-dua pelajar sama-sama mendapat 5 GRED A
  • tetapi peluang mereka berbeza apabila mereka tidak berjaya mencapai GRED yang baik terutama di dalam mata pelajaran elektif atau pakej aliran SPM mereka

Situasi ini pun sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pelajar dah tahu dari awal

  • kemampuan mereka terutama dalam mata pelajaran sains dan matematik (selepas tingkatan 3)
  • tahu dengan jelas nak sambung belajar dalam bidang apa (mungkin bidang bukan sains)
  • kalau begitu tak perlulah masuk aliran sains (atau dalam kes terpaksa kekal di sekolah tertentu walaupun tak mampu nak bawa