Semasa mula-mula Kolej Vokasional membuat pengambilan dulu, tidak ramai yang berminat untuk memohon melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional selepas tingkatan 3 (pada masa itu masih ada PT3 dilaksanakan yang menjadi syarat kemasukan). Lalu boleh dilihat sekitar bulan-bulan Januari – Februari pelajar yang berminat boleh terus walk-in ke mana-mana Kolej Vokasional untuk melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional walaupun tidak memohon apabila permohonan dibuka.
Lama kelamaan panggilan dan tawaran untuk walk-in semakin berkurang. Yang ada pun adalah kena buat rayuan dengan panduan-panduan untuk membuat rayuan (contohnya buat rayuan ke program yang tidak dipohon sebelumnya) – bermakna hanya untuk yang telah kemukakan permohonan sahaja.
Semakin jarang didengar boleh terus walk-in terus ke Kolej Vokasional
Percayalah tidak lama lagi tak akan ada lagi walk-in, proses rayuan pun mungkin dah jadi setara dengan proses rayuan ke IPTA/ILKA melalui UPU.
Asalnya lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dianjurkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam rangkaian 4 buah universiti teknikal (UTHM, UTEM, UMP dan UNIMAP) sahaja.
Pada Januari 2019 saya pernah kongsikan di https://www.facebook.com/perundinghalatujupendidikan/posts/pfbid0vKYdybxVpZFfH8LVrP54ywHLQwq1u1vUTacNhTvvm9n9m8NtJFZSjt7UWKRz7cD5l di mana terdapat 43 program Ijazah Sarjana Muda di UA (UPSI, UTHM, UMP, UMK, UPM dan UPNM) yang menerima kelayakan DVM untuk ke program Ijazah Sarjana Muda di universiti berkenaan
Pada bulan Disember 2019 terdapat 157 program Ijazah Sarjana Muda di UA yang menerima kelayakan DVM sebagai syarat kemasukan (https://www.facebook.com/perundinghalatujupendidikan/posts/pfbid0D13FiG45gK3vW8PztEzuYCyNnKgmM2mPkXtTwoMTPLoV9yn9ov6JTxhCpADvNEhfl)
Pada Oktober 2022, bilangan program ijazah sarjana Muda UA telah meningkat kepada 169 program yang saya kongsikan di https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/8478599808847613 merangkumi 11 buah universiti awam pertambahan 7 buah UA (UPSI, UNISZA, UMK, UPM, UTM, UUM dan UNIMAS)
Pada Januari 2024 sekali saya kongsikan di https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/24852080431072958 di mana terdapat 185 program Ijazah sarjana Muda di UA yang menerima kelayakan DVM sebagai syarat kemasukan
Pada awal Disember 2025 lalu hasil carian untuk laluan yang sama DVM ke Ijazah Sarjana Muda di UA menemukan 330 program Ijazah Sarjana Muda di UA yang menerima kelayakan DVM. Belum pun sempat saya menyalin utnuk di format elok-elok, jumlah tersebut telah meningkat ke 340 program pada awal akhir Disember 2025 dan kini di awal Januari 2026, jumlahnya menjadi 347 program yang mungkin akan meningkat lagi.
Apa yang lebih menarik juga adalah terdapat 4 buah Universiti Awam dalam kategori Universiti Penyelidikan (Research University @RU) yang turut menawarkan 15 program Ijazah Sarjana Muda yang menerima kelayakan DVM sebagai syarat kemasukan yang saya kongsikan di https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/33319173821030201/

Melihat jumlah program Ijazah Sarjana Muda di UA yang menerima kelayakan DVM yang semakin meningkat setiap tahun, bolehlah dijadikan bukti bahawa penerimaan UA kepada DVM juga semakin meningkat. Bilangan lepasan DVM yang berjaya ke Ijazah Sarjana Muda juga meningkat dari tahun ke tahun
Dari beberapa posting kajian ringkas tentang pelajar yang berjaya ke Kolej Vokasional di dalam Group Facebook Halatuju Pendidikan Selepas SPM di
- https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/33478749941739254
- https://www.facebook.com/groups/halatuju/posts/33674645822149664
…dapat dilihat gambaran yang sangt positif dari kalangan ibu bapa yang telah menghantar anak melanjutkan pengajian di Kolej Vokasional.
Antara faktor positif tentang pengajian di Kolej Vokasional
- Kos @yuran pengajian yang lebih rendah berbanding laluan SPM – Diploma di IPTA/ ILKA/ IPTS
- Tidak begitu menekan (stress) berbanding laluan SPM dan diploma/ Asasi/ Matrikulasi
- Sangat sesuai kepada pelajar yang lebih cenderung kepada pembelajaran yang lebih menekankan kepada amali atau praktikal
- Lokasi Kolej Vokasional yang tidak jauh – ada terdapat beberapa buah Kolej Vokasional di setiap negeri.
- Tempoh pengajian yang moderate untuk ke Ijazah Sarjana muda jika dibandingkan
SPM (2 tahun) + asasi/Matrikulasi (1 tahun) = 3 tahun
SPM (2 tahun) + diploma (2 ½ – 3 tahun) = 4 ½ – 5 tahun
SVM @Sijil Vokasional Malayusia (2 tahun) + DVM (2 tahun) = 4 tahun
Kajian terperinci
Untuk memahami dan mendalami peluang ini saya buat kajian secara khusus dari segi syarat kemasukan ke setiap program (yang termampu dibuat setakat ini hanya 47 program sahaja, masih ada 300 program lagi)
Terdapat 3 kumpulan atau kategori syarat kemasukan
- Kemasukan terus yang hanya ada syarat PNGK dan syarat lain di peringkat DVM yang perlu dipenuhi
- Kemasukan terus bersyarat contohnya pelajar perlu mengikuti pengajian tambahan seperti yang disebut sebagai bridging yang akan diaturkan terus oleh Universiti Awam yang menawarkan program
- Keperluan pelajar memperolehi kelayakan LULUS di dalam satu (1) mata pelajaran di peringkat SPM seperti mata pelajaran Matematik atau Bahasa Inggeris. Ini masih boleh dicapai oleh pelajar di mana pelajar berpeluang mengambilnya dalam tempoh sepanjang 4 tahun pengajian SVM – SVM (4 peluang dalam masa 4 tahun untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris (peperiksaan Disember) dan 8 peluang untuk Matematik (peperiksaan Julai dan Disember)
- Keperluan pelajar untuk memperolehi kelayakan LULUS/ Kepujian di dalam DUA (2) atau lebih mata pelajaran di peringkat SPM yang agak sukar untuk dilakukan kerana melibatkan mata-mata pelajaran seperti Bahasa Arab, Peng Syariah Islamiah, Pend Al-Quran & As- Sunnah) walaupun ianya tidak mustahil dilakukan bagi yang betul-betul berminat
Namun untuk pilihan 1, 2 dan 3 di atas – ianya boleh dilakukan
Kajian ini juga (untuk 47 program) turut memaparkan purata merit setiap program dan mencatatkan berapakan nilai PNGK yang mesti dicapai untuk menyamai dan melepasi purata merit tersebut; Kerana jika berdasarkan syarat PNGK semata-mata apabila ianya dikira sebagai markah merit akan menjadi jauh lebih rendah berbanding purata merit. Ini adalah supaya pelajar tahu bahawa untuk layak dan berpeluang cerah ke ijazah sarjana muda perlulah mencapai PNGK semasa tamat pengajian DVM, mestilah mencapai PNGK yang apabila dikira sebagai merit lebih tinggi daripada purata merit program.
Rata-rata ibu bapa yang anaknya belajar di Kolej Vokasional yang mengongsikan PNGK anak mereka – ramai yang mencapai PNGK yang tinggi ada yang sehingga 3.80 (ini dah kira diploma kelas pertama).
Namun bagi yang ingin memilih jalan ini tidak boleh sekadar membuat keputusan memilih sahaja. Ianya mesti disertai dengan usaha
- Nak masuk Kolej Vokasional juga perlu lalui PKSK (Pentaksiran Khas Sekolah Khusus) seperti yang memohon ke SBP dan MRSM pada tahun 2025 lalu
- Mesti buang apa juga persepsi negatif tentang Kolej Vokasional
- Tahu dengan jelas, selepas tingkatan 3 akan ambil kursus apa di Kolej Vokasional dan selepas memperolehi diploma akan memohon ke program apa di Universiti awam
- Tahu dengan jelas apakah pencapaian di peringkat diploma di kolej vokasional untuk bukan sekadar layak memohon ke Universiti Awam, tetapi mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat tempat di Universiti Awam (syarat dan merit yang mesti dipenuhi)
Saya mohon maaf kerana setakat sekarang hanya mampu siapkan syarat dan maklumat merit untuk hanya 47 daripada 347 program (atau mungkin lebih). Masih ada 300 program yang masih dalam proses menyiapkannya. Saya kerja bersendirian tiada pembantu. Kalau nak cepat boleh cari sendiri di https://online.mohe.gov.my/epanduan/carianNamaProgram














