“JANGAN SAMPAI YANG DIKENDONG KECICIRAN DAN YANG DI KEJAR TAK DAPAT

Ada pelajar tingkatan 4 (2025) yang sedang merancang, bercadang apabila buka sekolah 2026 (naik tingkatan 5) dia nak gugurkan mata pelajaran tertentu dan nak daftar ambil mata pelajaran lain sebagai ganti.

Jangan buat keputusan terburu-buru bincang dahulu dengan guru mata pelajaran atau guru bimbingan & kaunseling – boleh atau tidak boleh. Juga tolonglah jangan sampai ada guna cable (minta ayah yang mungkin seorang berpengaruh atau VIP untuk hubungi pengetua atau penolong kanan agar luluskan permohonan anak). Saya rasa pihak sekolah pun kalau tertekan atau ditekan-tekan begitu …mungkin mereka akan layan, luluskan sahaja walaupun sepatutnya tak boleh ……apa lagi jika terus ditekan-tekan.

Apa yang penting untuk masa depan pelajar sendiri.

Contohnya ada pelajar yang bercadang untuk menggugurkan pendaftaran mata pelajaran Matematik Tambahan (kerana susah sangat) dan nak daftar ambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (yang dirasakannya lebih mudah)

Pelajar kena tahu mata pelajaran PSV ni ada banyak kerja kursus yang pelajar yang mengambilnya dari tingkatan 4 telah buat yang akan menyumbang kepada pemarkahan akhir mata pelajaran tesebut. Jika di tingkatan 5 baru nak daftar ambil, pelajar kena buat semua kerjakursus yang dia sepatutnya buat semasa tingkatan 4 dahulu – saya khuatir tak terkejar dengan keadaan di tingkatan 5 menjelangnya SPM. Rakan pelajar lain bertungkus lumus belajar untuk SPM, awak kena luangkan masa untuk buat kerjakursus tingkatan 4. Kalau tak buat maka banyak markah yang hilang jika tiada markah kerja kursus – jadilah apa yang dikejar mungkin tak dapat. PSV mudah nak score tetapi sebab tak ada kerja kursus tak dapat nak score.

Baiklah kekal teruskan ambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Sekarang ni masa cuti, carilah guru atau pusat tuisyen untuk belajar matematik tambahan secara intensif.

Matematik Tambahan ni perlu jika nak mohon ke matrikulasi sains, sains komputer, kejuruteraan atau matrikulasi perakaunan professional yang syaratnya hanya gred C sahaja. Perlu dapat A- jika nak masuk IPG (pengkhususan Matematik) atau nak pergi overseas melalui YTP-MARA (juga syarat gred A-). Berusahalah target untuk dapat C+ atau B (insyaallah dapat C pun ok) – seperti perpatah pemain rugbi – aim high, tackle low.

Bila kita nak sambung belajar atau memohon kerja; Kalau dapat KEPUJIAN (GRED C ke atas) atau hanya LULUS (GRED D atau E) mata pelajaran Matematik Tambahan, ianya akan dipaparkan dalam sijil SPM (yang pelajar akan dapat setahun selepas keputusan SPM); Dan jika GAGAL maka ianya tidak dipaparkan dalam Sijil SPM.

Berusahalah walaupun untuk sekurang-kurangnya LULUS atau dapat C pun tak apa sebab jika ianya ada dalam sijil, itu pun sebenarnya cukup besar yang membezakan pelajar daripada pelajar yang tak ambil Matematik Tambahan – pelajar boleh berbangga seperti ‘aku ambil matematik tambahan dan lulus – lebih baik daripada yang langsung tak ambil atau gagal dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di dalam SPM. Tapi kalau tak ambil memang tak ada peluang langsunglah.

Dan kalau tak ambil atau gugurkan, maka jadilah apa yang pelajar telah dikendong (Matematik Tambahan) dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5 kita dengan sengaja menggugurkannya.

Lebih merugikan lagi jika PSV yang kita nak kejar (sebab rasa mudah untuk dapat gred yang baik tak dapat juga gred yang baik sebab tak ada atau tak cukup markah kerja kursus yang kita sepatut dah buat dari tingkatan 4 lagi….

Perkara ini tidak hanya yang melibatkan mata pelajaran Matematik Tambahan sahaja tetapi apa juga mata pelajaran lain. Dah tak ada masa nak belajar benda (mata pelajaran baru) bila naik tingkatan 5, teruskan sahaja apa yang telah dibawa dari awal tingkatan 4 dahulu…

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.