Walaupun kita sentiasa merujuk kepada syarat kelayakan untuk memohon ke satu-satu program pengajian melalui UPU, Memperolehi keputusan SPM sekadar memenuhi syarat sahaja baru melayakkan diri untuk memohon ke program tersebut tetapi tidak memadai untuk mencerahkan peluang mendapat tempat yang dipohon.
Oleh kerana tempat yang terhad, maka pemohon yang lebih baik pencapaiannya akan berpeluang lebih baik untuk mendapat tempat berbanding pemohon yang sekadar memenuhi syarat – inilah yang dimaksudkan dengan merit – pemohon yang lebih baik pencapaiannya akan berpeluang lebih baik untuk mendapat tempat.
Contoh yang diberi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di UPSI ini adalah contoh di mana ia mencatat permohonan yang paling ramai, tetapi oleh kerana tempat yang terhad maka pemohon yang memperolehi keputusan yang baik apabila dikira meritnya yang juga lebih baik peluang untuk berjaya.
Analisa pencapaian merit berdasarkan
- pencapaian memenuhi syarat kelayakan minima = 48% ; berbanding
- pencapaian melepasi syarat kelayakan minima dengan 3 – 4 gred lebih tinggi = 78.62% – lebih tinggi daripada purata merit 77.77%
Jadi setiap pelajar calon SPM…..
- Kena tahu program apa yang ingin dipohon selepas SPM kelak
- Kena tahu program tersebut ada ditawarkan di IPTA mana (mungkin ada beberapa buah IPTA yang ada menawarkan program yang sama – kenalpasti semua)
- Dari situ bolehlah didapatkan apakah syarat kelayakan akademik yang perlu dipenuhi untuk memohon ke program tersebut
- Catatkan juga berapakah purata merit setiap program tersebut, kerana purata merit inilah yang akan menjadi penentu utama untuk mencerahkan peluang untuk berjaya di dalam permohonan
- Letakkan sasaran pencapaian sehingga 3 – 4 GRED lebih tinggi daripada GRED syarat kelayakan minima program; Untuk mencerahkan peluang untuk mendapat tempat yang dipohon


