Setiap tahun akan ada saja (dan ramai lepasan SPM dari aliran sains yang gagal dalam permohonan ke program matrikulasi perakaunan)
Ianya berpunca daripada anggapan salah kebanyakkan pelajar aliran sains yang ingin memohon ke program bukan sains (matrikulasi perakaunan) seperti berikut
- Ada kemungkinan ini (aliran sains) yang memang sudah tak mampu lagi untuk bawa (teruskan) pengajian dalam bidang sains
- Lalu ada di kalangan mereka yang pandai-pandai sendiri membuat keputusan untuk mengabaikan terus mata-mata pelajaran sains tulen (bio/ fiz/ kim/ add math)
- Dengan alasan mereka tak akan sambung belajar dalam bidang sains pun lagi selepas SPM
- Dan mereka lihat syarat kelayakan ke program matrikulasi perakaunan juga hanya meletakkan syarat GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik & Bahasa Inggeris; LULUS mata pelajaran Sejarah dan GRED C di dalam satu (1) mata pelajaran lain (termasuk mata-mata pelajaran sains tulen); di mana ramai yang merasakan akan dengan mudah untuk melepasi syarat ini (GRED C), selain daripada ada yang rasa (perasan) bahawa mereka dari aliran sains lebih baik daripada pemohon dari aliran sastera/kemanusiaan.
Ini sebenarnya satu anggapan yang salah kerana…..
- Penentuan untuk mendapatkan tempat ke apa-apa program pengajian pun adalah berdasarkan merit untuk MENGIKUT ALIRAN SEMASA menduduki SPM
- BUKAN aliran bidang pengajian yang mereka mohon
Untuk pengiraan merit ke program matrikulasi perakaunan, EMPAT (4) mata pelajaran yang diambil kira adalah
- Matematik (minima GRED C); DAN
- TIGA (3) GRED C di dalam mana-mana mata pelajaran berikut:
(Matematik Tambahan/Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/Pendidikan Al-Quran dan Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Al-Syariah/ Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Pengajian Keusahawanan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Lukisan/ Reka Bentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Reka Bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran)
Bagi pelajar aliran sains yang mengambil elektif Bio/ Fiz/ Kim/ Add Math; atau mata-mata pelajaran elektif STEM B lain merasakan tidak susah untuk mendapat minima GRED C di dalam mata pelajaran tersebut.
Namun jika dibandingkan dengan pelajar aliran sastera/ kemanusiaan mereka mungkin akan lebih mudah untuk mendapat GRED A atau GRED B di dalam mata-mata pelajaran elektif mereka berbanding pelajar aliran sains
Jadi apabila dikira merit, hampir pasti ramai pelajar aliran sains akan kalah dengan mudah kepada pelajar aliran sastera/kemanusiaan – dan gagal dalam permohonan ke program matrikulasi perakaunan
Ayat yang biasa di dengar dari pelajar aliran sains yang gagal ini adalah seperti….
“Keputusan SPM saya aliran sains yang tidak seberapa memohon ke program matrikulasi perakaunan pun gagal juga”
Saya rasa dengan keputusan yang sederhana itu, jika dia memohon ke program matrikulasi sains – mungkin masih ada peluang untuk ditawrkan ke program matrikulasi sains (program 2 tahun)
Pelajar aliran sains (STEM A & STEM B) sebenarnya tak ada pilihan lain, kena juga berusaha sedaya upaya untuk mencapai GRED seberapa cemerlang yang boleh untuk mencerahkan peluang walaupun untuk ke program matrikulasi perakaunan.
Situasi yang sama sebenarnya juga berlaku apabila pelajar memohon ke IPTA/ILKA melalui UPU di mana pengiraan merit adalah berdasarkan mata-mata pelajaran elektif aliran walaupun memohon ke program bukan sains.
Dalam contoh di bawah, kesilapan besar kita selalunya adalah disebabkan
- kita selalunya mengukur pencapaian SPM berdasarkan berapa banyak GRED A yang diperolehi
- di dalam konteks di bawah kedua-dua pelajar sama-sama mendapat 5 GRED A
- tetapi peluang mereka berbeza apabila mereka tidak berjaya mencapai GRED yang baik terutama di dalam mata pelajaran elektif atau pakej aliran SPM mereka
Situasi ini pun sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pelajar dah tahu dari awal
- kemampuan mereka terutama dalam mata pelajaran sains dan matematik (selepas tingkatan 3)
- tahu dengan jelas nak sambung belajar dalam bidang apa (mungkin bidang bukan sains)
- kalau begitu tak perlulah masuk aliran sains (atau dalam kes terpaksa kekal di sekolah tertentu walaupun tak mampu nak bawa
